Alhamdulillah.. syukur..
Kerja-kerja MQA sudah sampai ke peringkat-peringkat akhir untuk disiapkan..
Esok mock auditing..pasukan dari IPG sebelah sahaja yang akan datang membuat penilaian..
Malam ini terasa reda sedikit ketegangan berbanding semalam, sudah boleh menulis di sini. Gembira, suka, ceria dan ketawa.. hahahha.. tapi mata agak mengantuk ekoran tidur lewat semalam. Bukan lewat malam tapi awal pagi!!! Hari ini sepanjang hari berpenat lelah dengan rakan-rakan seperjuangan menyiapkan segalanya. Mengerah tenaga, membanting tulang (sebutir nasi ibarat sebutir peluh petani.. hehehe) demi segulung ijazah yang diiktiraf oleh MQA atau Lembaga Akreditasi Negara.
Taraaaa........... cantikkan warna pink!!!
Ni baru 5 orang punya tau.. Dalam bilik jaminan kualiti masih banyak lagi.
Orang kuat MQA... Hanyniya
Fail-fail rakan-rakan dari opsyen Bahasa Melayu..
Peach sangaaaatttttttt!!!!
Puas sangat-sangat hati bila pensyarah pun senang dengan hasil kerja kami, semuanya memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha kami bersama-sama ke arah memartabatkan profesion perguruan. Saya sangat kagum dengan kegigihan dua orang pensyarah kami iaitu Mr. Lee dan Mr. Raymond. Thumbs up untuk mereka yang sanggup korbankan cuti hujung minggu dan sentiasa menjawab panggilan telefon kami... sayang Mr. Lee dan Mr. Raymond. nanti ada masa boleh upload wajah mereka di sini.
Saat meniti rasa baha
SELEPAS KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN!!!!
Bukan senang kan kawan-kawan nak buat fail-fail ni semua.. Kesabaran harus tinggi, kalau tak memang da campak jek kat tepi parit ke longkang ke mana-mana la.. haha.. terlebih sudah...
Panjang plak coretan untuk post kali ini kan.. Maaf kalau rasa bosan dan tak selesa. Kalau ada yang silap sila bagi teguran ye..
Yang gembira,
1 ulasan:
ahakz....mqa da best...!!
Catat Ulasan