BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 20 Ogos 2010

Seminar

Project Base Learning (PBL)

Menekankan mengenai cara berfikir abad ke 21..
ermmm... menarik juga tetapi terfikir juga mengapa INTEL melaksanakan program sebegini..

Ia merupakan suatu program timbal balik antara pengguna dengan INTEL sendiri. Kursus ini diberikan secara percuma kepada pendidik untuk dikongsi supaya mutu pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Namun begitu, sudah semestinya INTEL juga mencari keuntungan melalui penggunaan perisian dan buku yang perlu dibeli. Menurut Puan Chua bukunya mahal juga.. hehehhe.. tapi saya tak tahu pula mahalnye berapa.. semahal cik Athira ke?? hahaha.. merepek bulan2 ramadhan ni..

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan suatu hari kelak.. terima kasih kepada semua pensyarah yang sudi berkongsi dan meluangkan masa. Kami cantik (wink2) juga untuk mendengar kursus ini tetapi secara keseluruhannya ramai yang tidak bersedia ekoran lambakan kerja yang menggunung setinggi gunung everest lagaknya.. huhuhu..

cdgan si cantik anak pak cik Salleh: tambah lagi satu sem...buat lar kursus time tue...huhu..gaji cikgu tapi still dok ib.. hehehe.. kursus la sampai biru pun.. den tak kisah...

Jenis-jenis kerja yang belum selesai
1) Pelaporan Kajian Tindakan
2) Asignment Puan Manja (Kualiti Pendidik Prasekolah)
3) Asingnment En Rose Dzidan ( Guru dan Cabaran Semasa)
4) Asignment Ustaz Zul (Profesionalisme Perguruan)
5) Pemebentangan Kajian dalam Seminar Penyelidikan
6) Kerja-kerja untuk kelulusan MQA
7) Pembentangan tak masuk lagi nih...tutorial, dan isl
8) Konvokesyen Prasekolah
9) Perancangan masa depan seperti majlis perkahwinan lagi.. ahaks

Sape nak tolong saya angkat tangan yer.. angkat tangan tinggi-tinggi setinggi Kolej Kediaman Dtauk Razali Ismail...

DILEMA PELAJAR TAHUN AKHIR!!!!









s

Sabtu, 3 Julai 2010

Sedih...

Huhuhu...
SEDIHNYER... post2 saya selalu comot..
Tak pandai lagi..

Perlu lebih banyak mencuba dan belajar..





Jumaat, 2 Julai 2010

Kembali menulis





Assalamualaikum..
Pertamanya syukur sebab masih bernafas dan bernyawa..
Tiga minggu duduk rumah, sekali pun tak up date blog.
Hehehe.. banyak kontrovesi ni dan kurang prestasi saya ni..

Waktu cuti banyak dihabiskan dengan berulang alik ke Pahang menemankan abah yang tinggal seorang. Maklumlah baru bertukar jadi agak terasa kesedihannya kan waktu cuti tu perlulah dihabiskan bersama kaluarga.

Semenjak ada rumah di Pahang ni banyak jugak melawat tempat-tempat menarik..
Bila cakap pasal pahang biasanya 'Back to Nature' lah..
Antara aktiviti menarik cuti hari tu ialah seperti di bawah.. hehehe..

  1. Melawat gajah-gajah di Pusat Konserversi Gajah Kuala Gandah (3 kali tau)
  2. Bersiar-siar di Bukit Tinggi
  3. Hari Keluarga Felda Wilayah Mempaga di Janda Baik
  4. Makan ikan patin masak tempoyak di bandar ikan patin (Temerloh key)





Braninya dier...


Isnin, 31 Mei 2010

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

Alhamdulillah.. syukur..
Kerja-kerja MQA sudah sampai ke peringkat-peringkat akhir untuk disiapkan..
Esok mock auditing..pasukan dari IPG sebelah sahaja yang akan datang membuat penilaian..

Malam ini terasa reda sedikit ketegangan berbanding semalam, sudah boleh menulis di sini. Gembira, suka, ceria dan ketawa.. hahahha.. tapi mata agak mengantuk ekoran tidur lewat semalam. Bukan lewat malam tapi awal pagi!!! Hari ini sepanjang hari berpenat lelah dengan rakan-rakan seperjuangan menyiapkan segalanya. Mengerah tenaga, membanting tulang (sebutir nasi ibarat sebutir peluh petani.. hehehe) demi segulung ijazah yang diiktiraf oleh MQA atau Lembaga Akreditasi Negara.

Ini antara hasil usaha kami sepanjang kami lebih kurang empat tahuan yer...



Taraaaa........... cantikkan warna pink!!!
Ni baru 5 orang punya tau.. Dalam bilik jaminan kualiti masih banyak lagi.

















Orang kuat MQA... Hanyniya








Fail-fail rakan-rakan dari opsyen Bahasa Melayu..
Peach sangaaaatttttttt!!!!









Puas sangat-sangat hati bila pensyarah pun senang dengan hasil kerja kami, semuanya memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha kami bersama-sama ke arah memartabatkan profesion perguruan. Saya sangat kagum dengan kegigihan dua orang pensyarah kami iaitu Mr. Lee dan Mr. Raymond. Thumbs up untuk mereka yang sanggup korbankan cuti hujung minggu dan sentiasa menjawab panggilan telefon kami... sayang Mr. Lee dan Mr. Raymond. nanti ada masa boleh upload wajah mereka di sini.

Saat meniti rasa bahagia (ahaks) fail semakin hampir sempurna saya teringat ayat dalam surah Al-Insyirah seperti tajuk entri saya. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Dua kali Allah mengulang ayat ini dalam surah tersebut. Bila diulang itu bermaksud kita perlu beri perhatian kan. Sangat indah pengertian ayat ini pada saya (love letter). Allah nak kita sebagai makhluk ciptaannya yang paling mulia sentiasa bersabar dengan segala kesusahan, ujian dan kesukaran yang kita tempuh kan. Perkara yang paling penting perlu tabah dan sentiasa sabar.

SELEPAS KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN!!!!

Bukan senang kan kawan-kawan nak buat fail-fail ni semua.. Kesabaran harus tinggi, kalau tak memang da campak jek kat tepi parit ke longkang ke mana-mana la.. haha.. terlebih sudah...

Panjang plak coretan untuk post kali ini kan.. Maaf kalau rasa bosan dan tak selesa. Kalau ada yang silap sila bagi teguran ye..


Yang gembira,

Selasa, 25 Mei 2010

Suka-suka

Hidup perlu kepastian

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah rahmat dan kurniaNYA

Ermm.. tajuk post macam gempak ek.. Tak adalah malam ni tadi berkesempatan jumpa dengan orang-orang yang saya kira sangat tabah dalam menghadapi hidup. Setelah berbual-bual dan berkongsi, maka ayat atau frasa yang paling terpahat dalam kepala saya ialah

HIDUP PERLU KEPASTIAN.

Kadangkala dalam hidup kita diberi banyak pilihan. Pilihan nak menentukan masa depan, pilihan untuk memilih insan yang bakal bersama berjuang dalam hidup bersama dengan kita, pilihan untuk merasa gembira, pilihan untuk merasa sedih, pilihan untuk memilih kawan, pilihan untuk mencari lawan, pilihan untuk membuat kebaikan, pilihan untuk buat kejahatan dan banyak lagi lah.

Sukar kan nak buat pilihan!!!
Tapi walau macam mana pun kita perlu buat pilihan.
Pilihan atau kepastian pula perlu dipandu dengan akal budi dan tunjang keimanan.
Barulah hidup ada kepastian kan..

FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!
Hehehe....



Yang perlu membuat pilihan,

Jumaat, 21 Mei 2010

Terima kasih sahabat

Alhamdulillah blog telah berjaya dibina atas budi baik seorang sahabat..
Tuhan saja yang mampu membalas kesabaran kamu membantu saya..
InsyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk berkongsi perkara yang bermanfaat..
Kamu memang baik.. sayang kamu.. hehhe... sampai sekarang masih gembira..

Hari ni rase macam nak hargai semua orang,
Orang-orang kat sekeliling yang sentiasa membantu..
Terima kasih kawan-kawan..
Terima kasih semua yang pernah hadir dalam hidup saya..
Tanpa sokongan kalian semua, saya seperti tidak punyai apa-apa.

Daripada,

Sukarnya..

Sukarnya untuk merasa manisnya berjemaah,

Sukarnya untuk merasa manisnya ukhwah,

Sukarnya mengajak bicara soal ummah,

Sukarnya mengajak berfikir secara hikmah,

Sukarnya meneguk setangkir ilmu yang berkah,

Sukarnya rasa bila ajakan ditolak mentah,

Sukarnya mengatakan bangkitlah UMMAH,

Sukarnya menegur rakan yang di sebelah,

Sukarnya mendidik jiwa jadi senang rasa susah,

Sukarnya jadi insan yang pemurah,

Sukarnya jadi GURU yang apa pun mudah,

Namun, yang sukar itu boleh jadi mudah...

Kalau ada mahu dalam diri, semuanya akan sudah.


Yang Sukar,